Puerto Rico Business Tribune
SEE OTHER BRANDS

Fresh news on business and economy in Puerto Rico

ORA Developers Perkukuh Kedudukan Global Menerusi Projek Ikonik di UAE dan Iraq

Melancarkan Bayn sebagai tempat perlindungan gaya hidup pesisir yang unggul di Ghantoot, UAE dan Madinat Al Ward di Iraq, sekali gus menyerlahkan visi ORA untuk membentuk komuniti transformatif di pasaran Timur Tengah yang dinamik

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, Sept. 09, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- ORA Developers Group, peneraju global dalam pembangunan hartanah berwawasan, terus memperkukuh pengembangan antarabangsa dengan pelancaran serentak dua projek utama di Emiriah Arab Bersatu dan Iraq. Dua pembangunan tersebut ialah Bayn, sebuah komuniti pesisir baharu yang terletak secara strategik antara Abu Dhabi dan Dubai, serta Madinat Al Ward, sebuah bandar kediaman berskala besar di daerah Al Nahrawan, Wilayah Baghdad dalam Republik Iraq. Kedua-dua pembangunan ini membuktikan komitmen jangka panjang ORA untuk membina komuniti yang menekankan kecemerlangan reka bentuk, nilai budaya yang relevan dan pertumbuhan mampan.

Secara keseluruhan, kedua-dua pembangunan ikonik ini melibatkan pelaburan melebihi USD 16 bilion bagi fasa pertama, sekali gus mengukuhkan kehadiran ORA yang semakin berkembang di rantau Timur Tengah serta memperkukuh misinya untuk membangunkan komuniti menyeluruh yang bersedia menghadapi masa depan di pasaran berpotensi tinggi.

Bayn: Membentuk Masa Depan Kehidupan Pesisir di Emiriah Arab Bersatu

Terletak di Ghantoot, sebuah kawasan penting yang menghubungkan Abu Dhabi dan Dubai, Bayn berhasrat untuk mewujudkan komuniti baharu yang dinamik, berteraskan prinsip konsisten ORA dalam memperluas kawasan bandar serta menggabungkan elemen semula jadi secara harmoni dalam persekitaran bandar. Projek ini meliputi keluasan 4.8 juta meter persegi dan menampilkan kawasan tepi air yang luas sepanjang tujuh kilometer, sekali gus menyerlahkan nilai unik yang ditawarkan dalam landskap UAE yang sedang berkembang.

Lebih daripada 55% kawasan komuniti ini diperuntukkan untuk ruang terbuka yang luas, laluan air semula jadi dan pelbagai kemudahan rekreasi termasuk marina, lagun, serta pantai laut sepanjang 1.2 kilometer. Kelab sukan seluas 100,000 meter persegi serta kemudahan holistik menetapkan penanda aras baharu untuk gaya hidup yang sihat dan aktif. Bayn mencerminkan komitmen ORA dalam memelihara pesisir asli Ghantoot sambil menawarkan kediaman pertama di tepi laut kepada para penduduk, sejajar dengan kepakaran terbukti syarikat ini dalam membangunkan komuniti pesisir dari Pantai Utara Mesir ke Ayia Napa di Cyprus dan Grenada.

Bayn diwujudkan dengan matlamat untuk membangunkan sebuah destinasi yang mampu memenuhi keperluan masa depan komuniti pesisir pantai yang pesat membangun, di lokasi yang amat strategik,” ujar Ir. Naguib Sawiris, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ORA Developers. “Ghantoot menawarkan peluang yang unik untuk membangunkan sebuah komuniti pesisir pantai yang tersendiri — bukan sahaja menjanjikan gaya hidup yang luar biasa, malah turut menyumbang kepada pembangunan dan daya tarikan wilayah secara menyeluruh. Kami menjangkakan projek ini akan menarik minat penduduk serta merangsang pertumbuhan ekonomi dan sosial,” tambahnya lagi.

Madinat Al Ward: Model Bandar Baharu untuk Iraq

Majlis Pecah Tanah Madinat Al Ward di Baghdad menandakan satu bab penting dalam agenda perumahan nasional negara. Projek berwawasan ini, yang dinamakan sempena sarjana Iraq, Ali Al-Wardi, meliputi keluasan besar-besaran sebanyak 62 juta meter persegi dan akan dibangunkan dalam tempoh 24 tahun. Ia dijangka menyediakan kira-kira 120,000 unit kediaman baharu serta membentuk sebuah bandar yang meriah dan mampan berdikari.

Fasa pertama sahaja dijadualkan siap dalam tempoh lapan tahun, dengan anggaran pelaburan sebanyak USD 10 bilion. Antara ciri paling menonjol ialah taman awam seluas 5 juta meter persegi yang unik, sekali gus membuktikan komitmen ORA dalam mewujudkan persekitaran bandar hijau yang boleh didiami, dengan mengutamakan kesejahteraan komuniti serta pemeliharaan alam sekitar.

Madinat Al Ward merupakan bukti kekuatan kerjasama awam-swasta yang berwawasan,” kata Ibrahim Karam, Ketua Pegawai Eksekutif ORA Iraq. “Projek ini bukan sekadar menyediakan perumahan, malah meletakkan asas bagi pusat bandar baharu yang mengutamakan kualiti hidup dan pertumbuhan mampan. Kami percaya pembangunan ini akan menjadi model bagi peluasan bandar masa depan di Iraq dan rantau sekitarnya.”

Komitmen terhadap teknologi, kelestarian dan kesejahteraan

Kedua-dua projek Bayn dan Madinat Al Ward didasari oleh pelaburan ORA dalam infrastruktur digital termaju, teknologi lestari serta tumpuan terhadap ruang terbuka dan hijau. Sistem canggih Bayn memudahkan penglibatan penduduk, pengurusan operasi harian dan komuniti, manakala kedua-dua projek ini menekankan pemeliharaan alam sekitar serta gaya hidup aktif dan sihat untuk semua.

Dengan projek-projek ini, ORA Developers mengajak para pemegang kepentingan dan bakal penduduk untuk membayangkan potensi komuniti yang benar-benar transformatif, yang menetapkan penanda aras baharu bagi kehidupan bandar di Timur Tengah.

Perihal ORA Developers:
ORA Developers ialah peneraju global dalam pembangunan hartanah, terkenal kerana mencipta ruang transformatif yang meningkatkan kualiti kehidupan harian sambil menyumbang kepada pertumbuhan bandar-bandar yang didudukinya. Ditubuhkan pada tahun 2016, kumpulan ini memiliki lebih daripada USD 2.57 bilion dalam aset dan menguruskan portfolio hartanah bernilai lebih USD 45 bilion dalam jualan di Mesir, Grenada, Greece, Cyprus, Pakistan, UAE dan Iraq.

ORA memberi tumpuan kepada mengenal pasti lokasi berpotensi tinggi dan mengubahnya menjadi komuniti bersepadu yang memberikan nilai jangka panjang. Projek seperti Ayia Napa Marina di Cyprus, Eighteen di Pakistan, Bayn di Abu Dhabi, Madinat Al Ward di Iraq, serta enam pembangunan utama di seluruh Mesir membuktikan keupayaan kumpulan ini untuk membangunkan pasaran yang sering diabaikan dan mentakrifkan semula daya tarikannya melalui perancangan berskala besar yang teliti.

Portfolio ORA merangkumi kediaman, komersial, hospitaliti dan hiburan, di mana setiap projek direka untuk menawarkan taraf kehidupan yang tinggi melalui gabungan kualiti, reka bentuk dan kemudahan harian. Aset hospitaliti kumpulan ini merangkumi Silversands Grand Anse dan Silversands Beach House di Grenada, sebuah hotel lima bintang yang sedang dibangunkan di Mykonos, serta hartanah lain yang bakal dilancarkan yang mencerminkan fokus ORA terhadap pengalaman premium yang dibentuk melalui kesederhanaan dan perhatian terhadap perincian.

ORA mengutamakan kesejahteraan, kelestarian, dan rasa kebersamaan dengan tempat dalam setiap projek pembangunannya. Komuniti yang dibangunkan oleh ORA dirancang agar kekal relevan dalam jangka masa panjang, selaras dengan keperluan setempat sambil menawarkan kualiti bertaraf antarabangsa.

ORA dipandu oleh nilai Kecemerlangan, Keseimbangan dan Kebahagiaan, dan terus menetapkan penanda aras baharu dalam bidang hartanah dan hospitaliti dengan membangunkan projek yang kukuh secara komersial, peka terhadap aspek sosial, serta dibina untuk kelestarian jangka panjang.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/806d1be4-d671-4a99-861f-9b04d8f4c837

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f7c80de5-a436-47b9-967a-4808b1e988bd


Bates Pan Gulf
Tarek Hakim
Tarek.hakim@bpggroup.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions